MEMBERI KHABAR GEMBIRA ATAS KELAHIRAN
Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan. Justeru, umat Islam perlulah meraikan kegembiraan tersebut.
Ucapan tahniah kepada pasangan yang menerima seorang anak adalah contoh cara untu meraikan kegembiraan tersebut.
Hal ini bertujuan menyebarkan kasih sayang dan membentuk kesatuan.
AZAN DAN IQAMAT
Islam mensyariatkan agar azan dilaungkan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri bayi, sesuai dengan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Ibnu Abbas r.a :
بُورِكَ فِى الْمَوْهُوبِ وَثَكَرْتُ الوَاهِبَ وبَلَغَ أَثُدَّهُ وَرُزِقْتَ بِرَّهُ
Maksudnya: " Aku bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan. Sungguh sempurna kekuasaan-Nya dan kamu telah mendapat anugerah kebaikan-Nya."
Begitu juga dengan hadis yand diriwayatkan oleh Abu Rafi':
رَأَىْتُ رَسُولَ اللَّهِ أَذَّنَ فِى أُذُنِ الْحَسَنِ بِنْ عَلِىٍّ حِىـْنَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَهُ
Maksudnya: " Saya melihat Rasulullah membacakan azan pada telinga kanan Hasan bin Ali yang bru dilahirkan oleh Fatimah." (hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Rahsia Azan dan Iqamat:
1. Menjadikan kalimah kebesaran Allah sebagai ucapan pertama yang meresap ke dalam hati bayi.
2. Penyataan syariat Islam bagi mendahului dakwah syaitan dan mengekang nafsu.
TAHNIK
Islam menganjurkan tahnik iaitu membuka atau memecahkan mulut bayi yang baru lahir dengan buah tamar orang alim dan bertaqwa.
Isi buah tamar dikunyah kemudian diletakkan di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi, ke kiri dan ke kanan multnya. Perbuatan ini dilakukan sehingga menyentuh keseluruhan mulut bayi sehingga ke rongga tekak bayi.
Bersesuaian dengan hadis Abu Burdah daripada Abu Musa r.a:
وُلِدَلَي غُلاَمٌ، فَأَتَيْتُ بِهَ النَّبِيَّ صَلَّى اللّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمَّاهُ إِبْرَاهِيمَ، وَحَنِّكَهُ بِتَمْرٍ
Maksudnya: "Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya dengan sebiji kurma." (hadis riwayat Musim -2145)
-TO BE CONTINUED-