Taharah atau bersuci merupakan suatu tugas yang begitu penting dalam kehidupan seorang Muslim kerana hal inilah yang menjadi punca atau asas penerimaan segala amal ibadatnya.
Sebagai contoh, andainya seseorang itu mengerjakan solat tetapi belum bersuci dan membersihkan diri sama ada dari segi pakaian, tubuh badan, tempat dan sebagainya maka solatnya dikira tidak sah.
PEMBAHAGIAN AIR
1. Air Mutlak (Air yang suci lagi menyucikan)
Air ini boleh diminum dan digunakan untuk bersuci sama ada beristinjak, berwudhuk, mandi hadas, membasuh najis dan sebagainya.
Air mutlak adalah air yang tidak bercampur dengan elemen-elemen lain sama ada yang bersih seperti minyak wangi, kopi, susu dan sebagainya ataupun bercampur dengan najis.
Sekiranya air tulen melebihi dua qullah (230 liter) dimasuki sesuatu elemen tetapi tidak mengubah sifat (bau,rasa,warna) atau nama air maka ir tersebut tet dikira air mutlak. Namun jikalau sifat dan nama air berubah maka air tersebut bukan lagi air mutlak dan tidak boleh digunakan untuk bersuci.
Will be continued ( when not busy)..